Rahsia asia untuk kulit yang sihat dan cantik serta melancarkan peredaran darah

Kapsul Pegaga PlusMuda atau tua, kesihatan kulit kita mencerminkan keadaan dalaman badan kita. Untuk rawatan berkesan bagi masalah kulit dan supaya kulit kelihatan bersinar, kita perlu merawat lapisan kulit yang baru, sesuatu yang pembersih muka luaran serta krim tidak mampu lakukan

Kulit ialah organ terbesar badan dan sangat dipengaruhi oleh kesihatan dalaman kita. Apabila terdapat sesuatu masalah dengan keupayaan badan kita untuk menyingkirkan toksin dari dalam, sama ada disebabkan diet yang kurang sihat, gaya hidup yang tidak aktif dan peredaran yang lemah atau faktor cara hidup lain seperti merokok, maka kondisi dalaman ini sering terpancar pada kulit kita.

Penyakit-penyakit kulit yang biasa dialami adalah seperti jerawat, penyakit kulit, kulit yang kering, kedutan dan proses penuaan sebelum waktunya, lingkaran bawah mata serta pelbagai penyakit kulit disebabkan oleh ejen-ejen jangkitan, seperti bisul yang kesemuanya boleh diburukkan lagi oleh sistem perkumuhan dan peredaran darah yang tidak teratur. Sebagai satu ogan perkumuhan yang penting, kulit terlibat dengan perkumuhan pelbagai bahan-bahan buangan metabolik dan garam melalui proses perpeluhan. Kesihatan kulit bergantung kepada proses pembersihan yang cekap dan nutrisi yang terdapat pada lapisan tisu kulit. Lapisan atas permukaan kulit mengandungi sel-sel kulit mati yang disingkirkan secara berterusan. Pembersih luaran tidak mempunyai kesan pada lapisan-lapisan dalaman kulit dan dalam kes jerawat, ianya hanyalah salah satu dari sebahagian dari rawatan untuk mengurangkan sebum lebihan dan melindungi pori-pori.

Herba-herba Asia tertentu telah digunakan berabad lamanya untuk mengaktifkan organ-organ dan sistem penyahtoksikan; hati, usus, limpa, buah pinggang dan kulit untuk mempercepatkan peredaran dan penyingkiran bahan-bahan toksik yang sering terkumpul dalam kulit dan lapisan lemak.

Pegaga Plus Kapsul untuk kesihatan kulit dan peredaran darahPenyelidikan bermula dengan Pegaga (Centella asiatica, atau Gotu kola) lebih daripada 80 tahun lalu selepas masyarakat pribumi Asia tropika menggunakan herba ini sebagai rawatan kepada pelbagai masalah kulit yang teruk, termasuk kusta.  Antaranya ialah sebagai “penyejuk” atau menyahtoksikkan untuk masalah kulit, dan untuk memastikan kesihatan peredaran darah. Ia kini merupakan salah satu daripada tumbuhan herba dari Asia yang dikaji secara meluas dan bahan-bahan aktifnya telah digunakan secara meluas dalam industri kosmetik di Eropah sejak lebih daripada 20 tahun lalu. Bukti saintifik mengesahkan unsur-unsur aktif, asiaticosides, mampu meningkatkan penggantian sel kulit dan penghasilan kolagen serta penebalan kulit (satu proses anti penuaan yang sangat berharga – kerana semakin usia kita meningkat, kulit kita akan menjadi lebih nipis) dan antioksidan yang berenzim dan tidak berenzim, yang kedua-duanya adalah penting untuk proses anti penuaan untuk mengekalkan kelicinan, keanjalan serta keremajaan kulit. Secara tradisi masalah kulit memerlukan satu regimen herba untuk membantu penyingkiran melalui buah pinggang, hati dan usus-usus, sambil mempertingkatkan dan memperbaiki sistem badan dari dalam.

PEGAGA PLUS

Faedah Pegaga Plus adalah untuk:

Jerawat, anti penuaan, kulit gatal dan kering, ekzema, psoriasis dan penyahtoksikan. Juga bermanfaat dalam penyembuhan luka yang perlahan, dan untuk meningkatkan peredaran darah dan ingatan

Pegaga Plus mengandungi ekstrak-ekstrak tumbuhan berikut :

  • Pegaga / Centella asiatica
  • Ubi Jaga / Smilax myositiflora
  • Hempedu Bumi / Andrographis paniculata
  • Misai Kucing / Orthosiphon aristatus

Dos yang disyorkan: 2 kapsul dua kali sehari. Terdapat di dalam botol yang mengandungi 60 kapsul.

Cadangan-cadangan penggunaan yang lain: Di dalam diet yang tinggi lemak (marjerin), minyak sayur-sayuran diproses, makanan bergoreng, kerepek ubi kentang, gula dan karbohidrat, kekurangan latihan, tekanan, merokok, pemakanan yang kurang sihat serta alahan-alahan kepada makanan merupakan faktor-faktor penyumbang untuk penyahtoksikan yang tidak teratur serta masalah kesihatan kulit. Gunakan Minyak Kelapa Dara dan Minyak Zaitun Dara dalam masakan, minum banyak air dan membuat perubahan positif dari segi diet dengan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta meningkatkan pengambilan serat.