Kepentingan herba hutan hujan kami

Seluruh dunia kian meminta bukti keberkesanan ubat herba. Kebanyakan orang pada hari ini kembali menggunakan ubatan herba selepas menyedari tentang pentingnya penjagaan kesihatan, dipromosikan oleh dasar kesihatan baru kerajaan dan juga kesangsian terhadap perubatan sintetik.

Perubatan sains moden juga telah mengambil kesempatan ke atas herba tradisonal yang luas dalam mencari penemuan ubat baru. Penyelidikan ini telah memberi smubangan besar ke atas kesusasteraan saintifik.Secara khusus, hutan hujan didunia boleh dikatakan sebagai tempat yang masih belum diteroka untuk penemuan ubat-ubat baru. Sebagai salah satu ekosistem yang berkembang di dunia, hutan hujan Asia Tenggara meupakan sumber yang kaya dengan herba-herba. Menurut sumber, penduduk di Asia Tenggara menggunakan 6,500 tanaman yang berbeza untuk merawat penyakit.

Kepentingan herba hutan hujan kamiHutan-hutan hujan sama ini telah membekalkan dunia barat dengan herba-herba dan rempah ratus selama berabad. Malaysia khususnya, yang mempunyai banyak kaum orang asli telah menyumbangkan pelbagai sumber yang tidak ternilai tentang tumbuhan herba yang terdapat di hutan hujan. Sistem perubatan asli yang utama di Malaysia, ubatan tadisional melayu dipengaruhi oleh Java, India dan Arab dan masih diamalkan oleh beberapa kaum asli. Ramai yang tinggal di hutan masih mengamalkan kehidupan berpandukan cara-cara tradisional, dimana sesetangahnya masih cuba untuk mengelak pengaruh-pengaruh tamadun luar dan terus hidup dalam kesederhanaan dalam hutan-hutan hujan Borneo. Kaum-kaum ini telah banyak menyumbangkan maklumat ethnobotanical yang tidak ternilai.

Pengetahuan herba yang mereka berikan adalah daripada pengalaman manusia yang telah banyak membuat kajian tentang kesan,keselamatan dan ketoksian herba. Pengetahuan ini membantu kami dalam mencari ubat untuk penyakit penduduk dunia yang semakin bertambah. Kami berhadapn dengan kesingkatan masa akibat daripada pembangunan pesat yang bukan saja menyebababkan masalah persekitaran global tetapi juga kehilangan sumber-sumber tumbuhan herba dan pengetahuan ethnobotanical orang asli yang tinggal di situ. Ilmu-ilmu berharga yang diberikan secara turun temurun melalui pawang-pawang telah hilang selamanya.

Rainforest-dropletDi Rainforest Herbs kami faham kepentingan pendokumentasian dan peningkatan penyelidikan ethnobotanical dan tanamanherba-herba dalam persekitaran hutan hujan semula jadi mereka, serta pendidikan dalam koleksi bahan-bahan mentah secara berterusan. Kami percaya bahawa untuk menjaga keselamatan dan mengekalkan ekosistem hutan hujan, keperluan semasa perlu dipenuhi tanpa berkrompomi tentang keperluan masa hadapan.

Masyarakat seluruh dunia menyedarkan kita tentang betapa pentingnya mengekalkan ekologi hutan hujan dan di Rainforest Herbs kami percaya bahawa dengan menggunakan kuasa holistik tumbuhan herba hutan hujan, sesuatu anjakan positif tentang kesedaran persekitaran akan berlaku selari dengan peningkatan kesihatan kita.

0 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published.