|
Rahsia-rahsia herba Asia untuk kesihatan kaum wanita
|
Memelihara kesihatan wanita dan kecergasan melalui semua peringkat hidup adalah salah rahsia yang paling berharga bagi pakar herba wanita di Asia Tenggara |
Pakar herba kampung wanita, atau Bidan kampung, memainkan peranan yang penting dalam ubatan tradisional Melayu dan Indonesia selama berabad dan telah mengembangkan ubatan-ubatan khas khusus bagi menangani masalah wanita dan juga untuk memelihara keremajaan dan meningkatkan keremajaan. Wanita daripada pelbagai generasi telah menggunakan herba khas ini melalui pelbagai peringkat hidup, semasa peringkat subur, peringkat peralihan ke menopause dan seterusnya ketika usia emas mereka.
Peringkat kesuburan wanita melibatkan keseimbangan yang kompleks oleh hormon yang mengawal kitaran haid. Apabila timbul perassan kurang senang akibat perubahan hormon sebelum kedatangan haid ia dipanggil sebagai sindrom pra haid (PMS). Kebanyakan gejala-gelaja yang berlaku sebelum dan ketika menstruasi juga diburukkan lagi oleh stress, tekanan kerja, berlebihan berat badan dan pengamalan diet yang tidak seimbang.
Ubat herba ini digunakan terutamanya ketika tempoh-tempoh tersebut dan juga selepas kelahiran anak untuk memerkuatkan kembali rahim wanita dan mempercepatkan proses penyembuhan, untuk pendarahan haid yang berlebihan dan kekejangan, untuk melegakan PMS, sakit perut, keputihan yang berlebihan dan juga meningkatkan kesuburan.
Hari ini, sains telah membuktikan bahawa kebanyakan budaya Asia dan diet mempunyai tanaman phytoestrogen (lihat rencana di bawah) yang kuat dimana ia bertanggung jawab ke atas beberapa masalah hormonal kecil dalam budaya Asia. Kebaikan utama herba ini terbukti apabila ia memberikan pelbagai tindak balas seperti memelihara tenaga, meningkatkan saiz buah dada, dan juga bebas daripada jangkitan penyakit walaupun ketika di usia emas
Ekstrak Senduduk (Melastoma sp.) dan Ekstrak Kacip Fatima (Labisia sp.) dari hutan hujan Malaysiaadalah tonic herba wanita yang paling dicari dan popular disebabkan oleh ciri-ciri keunikan astrigen, untuk keputihan, antioksidan dan meningkatakan tenaga. Tanaman lain seperti kunyit dan ekstrakt halia juga amat penting kerana ia dapat melegakan kesakitan, membersihkan hati, dan mempounyai kesan-kesan antispasmodik.
Kapsul Senduduk Plus
Dengan Kacip Fatima - phytoestrogen hutan
Senduduk Plus adalah kombinasi antara 4 estrak-ekstrak terpiawai; Melastoma malabathricum, Curcuma longa, Zingiber officinale dan herba Labisia (Kacip Fatima).
|
Senduduk Melastoma malabathricum
Menguatkan tisu, mengurangkan keputihan, antioksidan, antikanser, melegakan kesakitan, anti-radang
 |
Kunyit Curcuma longa
Antikanser, Antioxidant, anti-radang, detoxifier, melegakan kesakitan, Meningkatakan fungsi hati

|
Halia
Zingiber officinale
Melegakan kekejangan, melegakan kesakitan, melegakan rasa loya, memperbaiki sirkulasi pinggul, antioksidan

|
Kacip Fatima Labisia pothoina / pumila.
Phytoestrogen, mengetatkan tisu, meningktakan tenaga, membuang angin dan memperbaiki proses penghadaman (ketakcernaan)

|
Cadangan pengunaan: Digunakan secara tradisional untuk kesihatan wanita.
Dos yang disyorkan: 1-2 kapsul dua kali sehari dengan hidangan. Mengandungi 60 kapsul di dalam satu botol.
Langkah berjaga-jaga: Seperti kebanyakan herba-herba, tidak digalakkan untuk diambil ketika hamil.
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan MAL05092324TC Malaysia
Adunan teh herba Kacip Fatima dengan Pueraria mirifica
|

|
|

Akar berbonggol Pueraria mirifica (Kwao Krua) dari Utara Thailand |
|

|
|

|
Sains di sebalik Fitoestrogen, Pueraria dan kesihatan wanita
Oleh Benjamin Drewe, pakar perubatan herba
Estrogen berfungsi sebagai hormon yang menjadi satu pengutus kimia dalam badan.
Untuk wanita, ia membantu mengawal kitaran haid mereka, pembesaran payu dara,
mengekalkan tulang-tulang sihat dan satu jantung sihat. Dari peringkat baligh sehingga putus
haid, ovari menghasilkan estrogen. Tempoh lima tahun peralihan jasmani sebelum putus haid
penuh dipanggil "Peri-menopause." Sepanjang tempoh ini, tahap estrogen dalam badan boleh
meningkat dan menurun tanpa dijangka dan akhirnya tia merosot. Proses peningkatan dan
penurunan ini menyebabkan wanita mengalami pelbagai gejala yang tidak selesa seperti
berpeluh, berpeluh di malam hari, kekeringan vagina dan faraj menjadi tipis. Wanita juga
mungkin akan mengalami kekurangan libido, pengurangan dari segi keghairahan dan tidak
balas klimaks, keletihan, penambahan berat badan, sakit sendi, ganguan emosi, masalah tidur,
dan keguguran rambut. Ia juga adalah peringkat awal dalam peningkatan risiko mendapat sakit
jantung dan dan osteoporosis. Apabila seseorang wanita telah mula menopause ovari tidak
lagi membuat estrogen. Sebaliknya, lemak badan menjadi sumber utama untuk estrogen..
Di dalam sistem kencing wanita, kekurangan estrogen telah dikaitkan dengan penurunan
kandungan total kolagen vagina dan periurethral. Uretra menjadi lebih pendek dan lapisan
menjadi tipis kerana tahap estrogen berkurangan ketika menopause dan perubahan ini
mengurangkan kemampuan gegelang kencing untuk menutup rapat. Oleh itu, menopause dan
tahap estrogen rendah telah dikaitkan dengan beberapa masalah urogenital termasuk tekanan
inkontinensia kencing (SUI), urgensi, jangkitan berulang dan prolaps genitourinari.
Pueraria mirifica – Fitoestrogen yang paling selamat dan berkesan
Fitoestrogen yang terdapat pada tumbuhan tertentu telah terbukti dapat melegakan beberapa
gejala. Bagaimanapun, walapun jualan produk-produk fitoestrogen telah meningkat selama
beberapa tahun, terutamanya yang mengandungi kacang soya namun ramai pengguna telah
mengatakan bahawa kesan tindak balas positif adalah telalu lambat atau hanya sederhana. Ini
adalah kerana fitoestrogen yang berlainan mempunyai tindak balas yang berlainan.Kajian
saintifik terbaru telah menunjukkan bahawa fitoestrogen yang paling selamat dan berkesan
terdapat pada tumbuhan hutan hujan tropika di Asia Tenggara dipanggil Pueraria mirifica yang
telah digunakan untuk berkurun-kurun oleh kedua-dua wanita dan lelaki di Thailand. Bahan
utama dalam Pueraria mirifica adalah satu phytoestrogen unik yang dinamakan miroestrol.
Miroestrol menyerupai estriol estrogen manusia yang paling selamat itu. Miroestrol ialah 3000
kali lebih kuat daripada estrogenik soya isoflavones (genistein). Tambahan kepada miroestrol,
Pueraria mirifica mengandungi jumlah fitoestrogen lain yang banyak termasuk daidzein,
genistein, puerarin, dan mirificin. Apabila miroestrol memasuki suatu reseptor estrogen itu
memodulasi kesan pada reseptor, sama ada antara meningkatkan kesannya pada saat aktiviti
estrogenik rendah ataupun menipiskan kesannya jika aktiviti estrogenik reseptor tinggi. Perkara yang paling penting untuk difahami adalah miroestrol tidak mempunyai kesan pada
tahap estrogen dalam badan, kerana ia hanya mempengaruhi reseptor estrogen.
Terdapat tiga jenis estrogen di dalam badan manusia: estrodial, estron dan estriol. Antara
ketiga-tiganya, estriol, yang dihasilkan pada tahap tertinggi semasa kehamilan, dan amaun
kecil pada wanita yang tidak hamil, adalah yang paling ialah paling lemah. Kelemahannya,
bagaimanapun, sebenarnya adalah kekuatannya. Percubaan-percubaan klinikal telah
membuktikan bahawa estriol tiada kaitan dengan kanser, dan kebanyakan wanita yang telah
mengambil estrodial mengatakan bahawa ia memberikan hanya beberapa kesan sampingan
jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil estrodial atau estron sebagai terapi-terapi
penggantian hormon. Ini adalah antara sebab kadang-kala estriol dirujuk sebagai "estrogen
mesra." Bagaimanapun, miroestrol, yang berfungsi dan memberi kebaikan sama seperti estriol
hanya didapati dalam Pueraria mirifica dan juga telah dibuktikan selamat dalam
percubaan-percubaan klinikal.
Sekali lagi, adalah amat penting untuk ditekankan bahawa Pueraria itu mirifica tidak membuat
badan menghasilkan lebih estrogen. Ia tidak diperlukan kerana mirosterol menjalankan fungsi
yang sama penerima-penerima sel tanpa kesan-kesan sampingan yang memudaratkan
Mirosterol ialah sebatian utama yang mengasingkan Pueraria mirifica daripada
tumbuh-tumbuhan lain atau ubat-ubat herba. Pueraria juga mengandungi banyak fitoestrogen
lain yang juga telah dibuktikan memberi kesan kesihatan yang bermanfaat. Antaranya ialah
isoflavones dan coumestans. Isoflavones juga menandingi estrogen untuk penerima-penerima
sel sama. Isoflavones ialah apa yang membuatkan soya makanan sihat . Dua daripada
isoflavones yang paling bermanfaat yang terdapat dalam soya juga dijumpai di dalam Pueraria
mirifica: genistein dan daidzein. Pueraria mirifica mempunyai ia isoflavones unik yang
tersendiri yang dinamakan puerarin dan mirificin.
Keselamatan Pueraria mirifica telah dikaji secara meluas. Sementara terapi penggantian
hormon (HRT) mengalami penurunan disebabkan oleh kaitannya dengan kanser, tetapi
tidak bagi Pueraria mirifica. Ini adalah kerana, dalam terapi penggantian hormon, estrogen
akan ditambah kepada tubuh secara alami setelah badan berhenti menghasilkannya. Estrogen
membantu pembelahan sel.Tumor kanser adalah sel yang membelah dan mereplikasi dengan
kelajuan luar kawalan. Kerana Pueraria mirifica tidak menyebabkan tubuh menghasilkan
estrogen lebih selepas berhenti melakukannya secara semulajadi, risiko ini tidak akan wujud
dan kajian saintifik telah membuktikan hal ini Di utara Northern Thailand, di mana Pueraria
mirifica telah digunakan sebagai satu ubat tradisional selama berabad, mempunyai kadar
paling rendah kanser payudara di dunia dan kadar yang rendah untuk kanser lain juga.
Pueraria mirifica dapat membantu:
* Meningkatkan kepadatan payu dada dan kesihatan payu dara
* Meningkatkan kesihatan kulit, tenaga dan mencegah kekenduran
* Meningkatkan vitalitas, tenaga dan memulihkan libido
* Mengurangkan risiko penyakit-penyakit jantung, arteriosklerosis dan osteoporosis
selepas menopaus
* Membantu dalam memperbaiki semula ligamen, tendon, sendi-sendi dan tulang-tulang
dan mengurangkan kekejangan sendi dan artritis
* Mengurangkan inkontinensia urin
* Melambatkan permulaan menopause dan mengurangkan peralihan ke menopause
* Meningkatkan kesihatan dalam pra-menopause wanita
Cadangan-cadangan Dalam ubat herba tradisional Thai, wanita-wanita yang datang haid
adalah dicadangkan untuk mengambil Pueraria mirifica untuk tiga minggu setiap bulan dan
berhenti untuk seminggu dari permulaan haid. Herba-herba ini tidak digalakkan pada wanita di
bawah 21 tahun atau semasa kehamilan.
|