Syarikat Kami

Asia Botanicals LogoDitubuhkan pada 1995, jenama Rainforest Herbs® dimilik sepenuhnya oleh Asia Botanicals Sdn Bhd dan menjadi perintis kepada syarikat herba di Malaysia yang ditubuhkan secara eksklusif untuk membangunkan produk herba terbaik dunia dari herba-herba tropika yang terdapat di Malaysia. Hari ini, kami mempunyai senarai 50 produk yang boleh didapati di Malaysia, Jepun, Amerika Syarikat, China, Hong Kong, Thailand dan Singapura. Ibu pejabat kami di Kuala Lumpur menempatkan pasukan Penyelidikan dan Pembangunan, Pembuatan dan Pemasaran kami.

Syarikat Kami Asia Botanicals Sdn. Bhd.Ditanam di persekitaran hutan hujan semula jadi yang bebas dari ancaman pencemaran, herba-herba perubatan kami dikumpul oleh masyarakat peribumi di kawasan-kawasan di mana tumbuhan-tumbuhan ini boleh didapati. Selepas herba-herba ini dikumpulkan, setiap kumpulan dipilih oleh Pakar Herba kami, dan diuji oleh pasukan ahli-ahli kimia kami untuk memastikan ketulenan dan konsentrasi yang maksimum. Kawalan mutu kami adalah ketat dan ini telah diakui melalui produk-produk kami yang memnuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Health Regulatory Authorities di Jepun.

Semua produk-produk kami adalah 100% halal dan organik dan menggunakan bahan-bahan mentah yang tumbuh liar dan dipetik secara berhemat.

Kami bangga dengan produk Rainforest Herbs yang boleh didapati melalui jaringan farmasi runcit utama, farmasi-farmasi bebas dan pasar raya besar di seluruh Malaysia dan kami percaya itu membuktikan keunggulan kualiti produk-produk kami.

Misi syarikat kami ialah untuk membawa kepada anda faedah kesihatan herba-herba dan produk semula jadi dan pada masa yang sama , menyokong dan melindungi sumber-sumber hutan hujan semula jadi kita. Semua produk-produk kami diperbuat dari 100% bahan-bahan pembungkusan yang boleh diguna semula, dengan hanya gelas digunakan dalam semua proses pembotolan. Sebagai sebuah syarikat, kami melabur dalam usaha pendidikan dan memberi kesedaran tentang keperluan untuk menyelenggara dan melindungi ekosistem hutan hujan kita untuk generasi akan datang.

Kumpulan Asia Botanicals Syarikat dan laman web:

Jawatan Kosong, klik disini