|
Rahsia Asia untuk Kulit yang Sihat dan Cantik serta Melancarkan Peredaran Darah
Muda atau tua, kesihatan kulit kita mencerminkan keadaan dalaman badan kita. Untuk rawatan berkesan bagi masalah kulit dan supaya
kulit kelihatan bersinar, kita perlu merawat lapisan kulit yang baru, sesuatu yang pembersih muka luaran serta krim tidak mampu
lakukan
Kulit ialah organ terbesar badan dan sangat dipengaruhi oleh kesihatan dalaman kita. Apabila terdapat sesuatu masalah dengan
keupayaan badan kita untuk menyingkirkan toksin dari dalam, sama ada disebabkan diet yang kurang sihat, gaya hidup yang tidak aktif
dan peredaran yang lemah atau faktor cara hidup lain seperti merokok, maka kondisi dalaman ini sering terpancar pada kulit kita.
Penyakit-penyakit kulit yang biasa dialami adalah seperti jerawat, penyakit kulit, kulit yang kering, kedutan dan proses penuaan sebelum
waktunya, lingkaran bawah mata serta pelbagai penyakit kulit disebabkan oleh ejen-ejen jangkitan, seperti bisul yang kesemuanya boleh
diburukkan lagi oleh sistem perkumuhan dan peredaran darah yang tidak teratur. Sebagai satu ogan perkumuhan yang penting, kulit
terlibat dengan perkumuhan pelbagai bahan-bahan buangan metabolik dan garam melalui proses perpeluhan. Kesihatan kulit
bergantung kepada proses pembersihan yang cekap dan nutrisi yang terdapat pada lapisan tisu kulit. Lapisan atas permukaan kulit
mengandungi sel-sel kulit mati yang disingkirkan secara berterusan. Pembersih luaran tidak mempunyai kesan pada lapisan-lapisan
dalaman kulit dan dalam kes jerawat, ianya hanyalah salah satu dari sebahagian dari rawatan untuk mengurangkan sebum lebihan dan
melindungi pori-pori.
Herba-herba Asia tertentu telah digunakan berabad lamanya untuk mengaktifkan organ-organ dan sistem penyahtoksikan; hati, usus,
limpa, buah pinggang dan kulit untuk mempercepatkan peredaran dan penyingkiran bahan-bahan toksik yang sering terkumpul dalam
kulit dan lapisan lemak.
Penyelidikan bermula dengan Pegaga (Centella asiatica, atau Gotu kola) lebih daripada 80 tahun lalu selepas masyarakat pribumi Asia
tropika menggunakan herba ini sebagai rawatan kepada pelbagai masalah kulit yang teruk, termasuk kusta. Antaranya ialah sebagai
"penyejuk" atau menyahtoksikkan untuk masalah kulit, dan untuk memastikan kesihatan peredaran darah. Ia kini merupakan salah satu
daripada tumbuhan herba dari Asia yang dikaji secara meluas dan bahan-bahan aktifnya telah digunakan secara meluas dalam industri
kosmetik di Eropah sejak lebih daripada 20 tahun lalu. Bukti saintifik mengesahkan unsur-unsur aktif, asiaticosides, mampu
meningkatkan penggantian sel kulit dan penghasilan kolagen serta penebalan kulit (satu proses anti penuaan yang sangat berharga -
kerana semakin usia kita meningkat, kulit kita akan menjadi lebih nipis) dan antioksidan yang berenzim dan tidak berenzim, yang
kedua-duanya adalah penting untuk proses anti penuaan untuk mengekalkan kelicinan, keanjalan serta keremajaan kulit. Secara tradisi masalah
kulit memerlukan satu regimen herba untuk membantu penyingkiran melalui buah pinggang, hati dan usus-usus, sambil
mempertingkatkan dan memperbaiki sistem badan dari dalam. |