Produk-produk jenama Ranforest Herbs telah dibangunkan melalui usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan yang telah dijalankan sejak 15 tahun dahulu, hasil daripada minat kami kepada perubatan herba dan penyelidikan ethnobotanical terhadap sistem penyembuhan menggunakan herba yang terdapat di
Malaysia dan Asia Tenggara. Kajian telah dijalankan secara menyeluruh terhadap produk-produk ini, dan telah membawa kepada penemuan-penemuan baru serta pengalaman kami yang bertambah dari semasa ke semasa.
Semua produk-produk ini menggunakan kemajuan saintifik yang terkini dalam bidang farmakologi, penyeragaman ekstrak herba serta jaminan kualiti dengan kebijaksanaan rakyat Malaysia yang digandingkan dengan sistem herba Indonesia. Produk herba semula jadi kami meliputi pelbagai keperluan kesihatan termasuk kekurangan tenaga, sistem imunisasi yang lemah, keinginan nafsu yang rendah, ketidakseimbangan hormon bagi lelaki dan wanita, masalah hati, jangkitan virus, masalah batuk dan selsema yang kerap, sakit kerongkong, artritis dan sakit-sakit sendi serta masalah kulit.
Produk-produk yang ditambah termasuk Organic Cold-pressed Minyak Kelapa Darah
berketulenan tinggi yang sangat berguna untuk keperluan kesihatan keluarga anda secara menyeluruh.
Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan kebaikan minyak kelapa dara sila layari laman web kami CoconutOilMalaysia.